PURPLE NYA BUNGA ITU

Hai ! Thanks tau sebab tergerak hati nak baca saya punya blog hehehe....
haa mesti tertanya tanya kan kenapa laa minah ni letak gambar bunga ni ek? Teman ni minat bebenoh ngn warna purple nak buat lagu mana... hehe.

Apa perbandingan korang semua dengan bunga? Cantik ... Wangi 'kecuali bunga taik ayam ;p'.... Lembut, Tenang.... dan kalau kita membuat perbandingan diantara kontrak dan abstrak. Mestilah kita akan mempadankan bunga dengan kaum hawa.. Betol tak?

Kaum hawa diibaratkan hiasan yang paling termahal di alam dunia bahkan diakhirat. Allah menjadikan kaum hawa daripada tulang rusuk Kaum Adam, Peranan kaum hawa bukan sahaja menemani kaum Adam bahkan menjadi peneman dunia akhirat. Menjadi pendengar nasihat, pemotivasi, sahabat dikala susah dan senang, bersama sama tidak kira riang ataupun duka.

Tapi , Apa yang kita boleh lihat pada zaman sekarang Kaum Hawa banyak yang telah jauh membawa arus hawa nafsu, Ramai kaum hawa dan Adam tidak menjaga ikhtilat antara bukan mahram. Ramai kaum Hawa sudah mula hilangnya rasa maruah diri, hliangnya rasa malu untuk melakukan sesuatu.

Kedatangan zaman Jahiliah menghantui pada zaman arena moden ini . Apabila, ramai kaum hawa yang mula menukar jantina untuk menjadi lelaki. Ramai yang terlibat dengan hubungan seks dan melahirkan anak luar nikah . Masyallah, Harap kita dijauhkan.

Saya juga kaum Hawa. Kita juga tidak pernah telepas melakukan kesilapan, Tapi sayang sekali apabila melihat kaum saya hanyut diarus nafsu yang membara. Jadilah kita sebagai bunga yang cantik dilihat, wangi dibau, indah dipandang. Begitulah sebagai kaum Hawa , jadilah kita ibarat Permata yang sukar untuk dipandang, dilihat, disentuh serta mahal nilainya, dan bukan seperti batu di jalanan.

Jika ada yang tersalah betulkan saya. Kerana saya baru sahaja melibatkan diri dalam blogger lebih kurang beberapa minit ni hahahaha... Renung renungkan dan selamat beramal :)

Comments

Popular posts from this blog

Braces

AURAT