TARBIAH SENTAP

WANITA DI SISI ISLAM

Kedudukan wanita di sisi islam, sangat agung. Ya, sangat agung. Kerana agungnya wanita, Islam meletakkan beberapa hukum untuk memelihara wanita itu sendiri! Seperti aurat misalnya. Bayangkan, hari kita rasa nak pakai seksi-seksi, bajet lawa dan sweet, post kat FB, instagram bagai, buat muka gedik, kembung pipi, dengan make up yang gerun, dan sebagainya.

Kemudian, apabila di tegur, ada yang melenting, benci, bengang, tak boleh terima, meroyan, dendam, buruk sangka pada orang yang menegur dan sebagainya.

Tahukah korang, hukum aurat yang Allah perintahkan, adalah untuk memelihara golongan perempuan! Kerana Allah sayang korang! Kerana Allah cinta korang! Tapi, apakah yang kita fikir? Apakah yang kita fikir?! Apakah kita menghargai kasih-sayang Allah, atau kita rasa benci dengan Allah, kita menganggap ianya seperti mengongkong kebebasan korang?

Hari ni, ada orang perempuan fikir yang islam ni banyak menzalimi dan mendikriminasikan wanita. Mungkin kerana mereka bandingkan diri mereka dengan orang kafir barat yang kelihatan bebas dan seronok. Namun, apa guna bebas dan seronok tapi masuk neraka? Korang ingat, orang kafir yang “kelihatan seperti bahagia dengan kebebasan” tu, tenang ke hidup mereka?

Tahukah korang? Di celah-celah kebebasan yang KONON-KONONNYA menyeronokkan, hakikatnya mereka semua hidup dalam keadaan tertekan, stress, hidup dalam ketakutan dan menyeksakan? Tahukah korang, apakah HASIL kita MENOLAK KASIH-SAYANG ALLAH dengan memandang hina perintah menutup aurat, lantas membuka aurat dengan bangganya? Tahukah korang, apa hasilnya?

Di India, kes perempuan di rogol sebanyak  1,64,630.
Di Amerika, kes perempuan di rogol sebanyak  11,877,218.
Di Russia, kes perempuan di rogol sebanyak 2,952,370.
Di Jerman, kes perempuan di rogol sebanyak 6,507,394.
Di United Kingdom, kes perempuan di rogol sebanyak 6,523,706.
Di France, kes perempuan di rogol sebanyak  3,771,850.
Di Jepun, kes perempuan di rogol sebanyak 2,853,739.
Di South Africa, kes perempuan di rogol sebanyak 2,683,849.
Di Italy, kes perempuan di rogol sebanyak 2,231,550.
Dan di Canada, kes perempuan di rogol sebanyak 2,516,918.

Inilah KEBEBASAN yang mereka dambakan, yang mana pada akhirnya, ia membuahkan kepada penyeksaan. Takkan itu yang kita mahu?

Tetapi, kerana kasih-sayang Allah pada kalian wahai wanita, Allah wajibkan kalian menutup aurat, memakai pakaian yang menepati syariat islam, dengan sempurna! Semata-mata untuk selamatkan korang dari “kebebasan yang membawa kepada kehancuran”. Bayangkan, kena rogol, lepas tu mengandung, orang pandang serong, semua benci kita, kita down dan rasa putus harapan, kemudian ada yang tak tahan lantas bunuh diri. Semuanya kerana kita tak menghargai kasih-sayang Allah.

Kerana, di sisi Allah, wanita itu sangat mulia. Lahirnya para nabi, adalah dengan hasil dirikan seorang ibu. Lahirnya pejuang-pejuang islam, adalah hasil didikan ibunya. 4 Khalifah, Abu Bakar, Umar, Uthman, dan Ali, andai kita soroti sirah tentang proses pengislaman mereka, nescaya kita akan terkejut, bahawa, keempat-empat mereka masuk islam berpunca dari dakwah dan pujukan WANITA, samada dari ibunya, adik beradiknya atau isteri!

Mungkin, kisah yang terkenal dan semua tahu, Umar Alkhattab, masuk islam, asbab adik wanitanya!

Namun, entah kenapa, ramai wanita akhirnya memilih untuk menjadi hina, berbanding menjadi mulia. Bahkan, ada yang mencari kemuliaan itu dengan selain islam, sedangkan, MULIANYA WANITA KERANA ISLAM.

Saya ulang:

“Ramai wanita akhirnya memilih untuk menjadi hina, berbanding menjadi mulia. Bahkan, ada yang mencari kemuliaan itu dengan selain islam, sedangkan, MULIANYA WANITA KERANA ISLAM…”



Comments

Popular posts from this blog

Braces

AURAT