TARBIAH SENTAP
![Image](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhSCpJHVoKygtZxDLRw-CcRYpTHZvg8rlyaUNP5MWEKZSdnU1wySaHQ-RdV5DiRA2iUspVC6h40AsDO3i2gpahvZvefpcQABpYYHlXU8bjz0_3378C7glxzat3Au2IGajhJbFD60Lda6xyr/s1600/images+(4).jpg)
WANITA DI SISI ISLAM Kedudukan wanita di sisi islam, sangat agung. Ya, sangat agung. Kerana agungnya wanita, Islam meletakkan beberapa hukum untuk memelihara wanita itu sendiri! Seperti aurat misalnya. Bayangkan, hari kita rasa nak pakai seksi-seksi, bajet lawa dan sweet, post kat FB, instagram bagai, buat muka gedik, kembung pipi, dengan make up yang gerun, dan sebagainya. Kemudian, apabila di tegur, ada yang melenting, benci, bengang, tak boleh terima, meroyan, dendam, buruk sangka pada orang yang menegur dan sebagainya. Tahukah korang, hukum aurat yang Allah perintahkan, adalah untuk memelihara golongan perempuan! Kerana Allah sayang korang! Kerana Allah cinta korang! Tapi, apakah yang kita fikir? Apakah yang kita fikir?! Apakah kita menghargai kasih-sayang Allah, atau kita rasa benci dengan Allah, kita menganggap ianya seperti mengongkong kebebasan korang? Hari ni, ada orang perempuan fikir yang islam ni banyak menzalimi dan mendikriminasikan wanita. Mungkin kerana...